KUALA LUMPUR: Kemajuan membanggakan ditunjukkan pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri memberi petanda satu permulaan kepada perjalanan luar biasa dalam sukan berbasikal negara.
Pencapaian membanggakan atlet bertubuh kecil itu telah mendapat pengiktirafan daripada ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan John Beasley yang menyifatkan Nurul Izzah seorang atlet istimewa dan berpotensi besar.
Menurut Beasley, Nurul Izzah berpotensi sama seperti jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang telah mencipta pelbagai kejayaan membanggakan termasuk bergelar juara dunia keirin 2017 dan meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020 walaupun bertubuh kecil.
"Dia (Nurul Izzah) berat badannya 50 kilogram (kg) dan perlu bersaing dengan atlet yang puratanya berat 85kg, enam kaki (tinggi)... dia istimewa seperti Azizulhasni (atlet berbadan kecil)...tapi kita perlu tunggu sehingga pertengahan 20-an untuk tubuhnya (Nurul Izzah) matang dan kemudian dia akan mendapat semua yang diperlukannya.
"Justeru, untuk tempoh sekarang dan seterusnya, kita akan usahakan dari segi taktikal, teruskan pembangunan, kita akan terus bantu dia...pada Olimpik seterusnya dia akan lebih bersedia, dua temasya Olimpik lagi dia akan berada di puncak kejayaan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Nama Nurul Izzah menjadi sebutan apabila penampilannya di pentas antarabangsa mula menyerlah dengan memenangi pingat emas acara 500 meter (m) ujian masa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2022 di New Delhi, India.
Ia disusuli dengan kejayaan memenangi dua pingat emas masing-masing acara keirin wanita dan 500m ujian masa pada ACC 2024 di New Delhi pada Februari lepas, iaitu menyamai pencapaian bekas pelumba wanita kebangsaan Fatehah Mustapa yang meraih emas acara keirin wanita pada edisi 2012.
Berasal dari Sungai Petani, Kedah, kerjaya selaku pelumba kebangsaan atlet berusia 20 tahun itu mendaki ke satu tahap lagi apabila secara tidak rasminya mendapat tempat di Sukan Olimpik Paris 2024 yang menjadi penampilan sulungnya di pentas berprestij itu.
Walaupun gembira dengan kemajuan luar biasa bintang baharu sukan berbasikal trek negara itu, namun Beasley sentiasa menekankan kepentingan pembelajaran berterusan dan tumpuan tidak berbelah bahagi pada sesi latihan sebagai kunci untuk memastikan pencapaian konsisten dan cemerlang.
"Teruskan belajar... bagusnya kita ada kem latihan sebelum Paris 2024, jadi kita ada banyak masa...kita boleh menyusun awal dari segi taktikal dan itu penting. Tahu apa gerakan dan bila perlu lakukannya," katanya.
Nurul Izzah mengiringi Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang juga secara tidak rasmi menempah slot ke Paris 2024 dijadualkan berada di Eropah pada Jun ini selama dua bulan sebagai persiapan terakhir mereka ke temasya sukan terbesar dunia itu.
Mereka akan ke Belgium, United Kingdom dan Sepanyol untuk menjalani latihan serta menyertai beberpa kejohanan tempatan di sana sebelum ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai hingga 11 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024
John Beasley menyifatkan Nurul Izzah (kanan) seorang atlet istimewa dan berpotensi besar, sama seperti yang telah ditunjukkan oleh Azizulhasni Awang. - Bernama
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Nurul Izzah, Azizulhasni ada persamaan - Beasley
Ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan John Beasley menyifatkan Nurul Izzah seorang atlet istimewa dan berpotensi besar.
Shah Firdaus percaya boleh cabar emas jika kemenangan separuh akhir pertama tidak batal
Kemenangan pelumba itu dibatalkan oleh komisar perlumbaan selepas Shah Firdaus memasuki lorong lawannya itu semasa pusingan akhir.